Sunday, 24 May 2020

Ucapan Aidilfitri drp Guru Besar SKTAR



SELAMAT HARI RAYA, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN 

KEPADA SEMUA WARGA SKTAR DAN MURID-MURID YANG DISAYANGI

Semoga bergembira bersama keluarga ❤️

1 Syawal 1441H

Drp: Guru Besar SKTAR

Friday, 1 May 2020

Aktiviti Murid SKTAR (Musim PKP)



Alhamdulillah.. segala yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahNya yang sudah tertulis..

Semua sedia maklum bahawa ketika ini Negara kita telah dilanda Wabak Corona Virus atau Covid-19, iaitu satu penyakit berjangkit yang telah menyerang manusia di seluruh dunia.

Dalam usaha untuk mengawal dan mengelakkan penularan atau penyebaran wabak penyakit ini, pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri.

Di sepanjang PKP ini, pelbagai usaha daripada pihak KPM, JPN, PPD dan sekolah telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran semua murid dapat diteruskan.

Pelbagai medium dan cara telah digunakan oleh guru-guru untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan serta disampaikan kepada semua murid.

Antara pendekatan yang telah dilaksanakan oleh Guru-guru SKTAR adalah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran secara atas talian seperti Google Classroom, Zoom-A, Vle-Frog, Quizziz, Karhoot, dan WorldWall.

Ada juga guru-guru menggunakan platform Google Form dalam memberikan tugasan atau latihan pengukuhan kepada murid.

Usaha ini juga telah mendapat sambutan yang sangat baik serta mengalakkan daripada pihak ibu bapa. Mereka bertindak sebagai ‘orang tengah’ antara Guru dan Murid kerana kebanyakkan Murid menggunakan telefon pintar milik Ibu Bapa mereka sebagai alat perhubungan dengan guru-guru.

Alhamdulillah,..

Disamping itu juga, amalan baik dan nilai-nilai murni tetap diterapkan kepada murid-murid melalui pemantauan Ibu Bapa mereka. Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh murid-murid SKTAR bersama keluarga masing-masing di sepanjang musim PKP ini.

Sesungguhnya, pelbagai kenangan, karenah serta memori indah telah terhasil akibat daripada pelaksanaan PKP di Negara kita.

Tahniah buat semua anak-anak SKTAR yang sentiasa membantu para ibu bapa di rumah sepanjang tempoh PKP ini. Sesungguhnya amalan mulai ini amat besar hikmah dan ganjarannya.

Semoga apa yang kita lakukan, ianya mendatangkan hasil yang positif kepada kita semua. Semua perkara yang telah berlaku adalah atas kehendak Yang Maha Esa menguji kita semua sebagai hambaNya.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT.

InsyaAllah...