Monday, 13 January 2020

Perhimpunan Rasmi Minggu ke-3 (Pakaian Unit Beruniform Kokurikulum)


ISNIN, 13 JANUARI 2020 | Alhamdulillah.. Bermula pada tahun ini semua murid dan guru akan beruniform lengkap mengikut persatuan unit beruniform kokurikulum yang diwakili pada perhimpunan rasmi hari Isnin setiap minggu ke-3. 

Pada majlis perhimpunan pagi ini, semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 mengenakan pakaian uniform lengkap mengikut persatuan masing-masing iaitu Persatuan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan juga Pandu Puteri Tunas. Guru-guru juga berpakaian uniform lengkap mengikut persatuan yg dipimpin masing-masing. 










Perhimpunan pagi juga akan dimulai dengan sesi Ketua Persatuan (Murid) memberi laporan kepada Tuan Guru Besar untuk memulakan acara perhimpunan pagi ini.



Cikgu Azhari Ahmad membantu seorang murid membetulkan kain skaf pengakap yang dipakai.




2 comments: