Tuesday, 11 February 2020

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN DALAM MEMBENTUK KEMENJADIAN ANAK-ANAK 2020

SELASA (11 FEB 2020): Satu program ceramah telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTAR di bawah tajuk, "Motivasi Keibubapaan Dalam Membentuk Kemenjadian Anak-anak" bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Gemilang, SKTAR. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Haji Norazman bin Amat yang berkhidmat sebagai Ketua Kaunselor di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Peserta adalah terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 bersama ibu bapa serta guru-guru SKTAR. Pihak sekolah berharap agar murid-murid serta ibu bapa mendapat pelbagai manfaat serta ilmu daripada program yang telah dianjurkan ini. 



















No comments:

Post a Comment