Monday, 17 February 2020

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA 2020


ISNIN,17 FEBRUARI 2020: Alhamdulillah, pihak sekolah telah melaksanakan Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna 2020 peringkat sekolah pada pagi tadi. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Yusuf Bin Bujai selaku Yang di-Pertua PIBG SKTAR 2020. Majlis juga telah dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Muhammad Fuad Bin Tukiman yang turut melancarkan program "Jom Ke Sekolah"
Buat pengetahuan semua, Program Ziarah Cakna ini merupakan tahun kedua pelaksanaannya yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Melalui program ini ia dapat meluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa serta penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid, malah ia dapat mewujudkan budaya baharu yang lebih positif demi kemenjadian murid-murid. 
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam satu ucapan beliau pernah berkata, di bawah program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun itu, pihak sekolah akan menziarah rumah murid untuk bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka.
Dr Amin turut berkata, melalui program ini, guru dan ibu bapa dapat berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan murid bersama-sama ibu bapa, memahami latar belakang keluarga murid dan dapat berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.
Berbanding amalan ziarah ke rumah murid yang biasa dilaksanakan sebelum ini, beliau berkata di bawah program ini, guru-guru juga akan melawat rumah pelajar cemerlang bagi memberi penghormatan kepada ibu bapa mereka, selain memahami latar belakang murid.
"Program ini asasnya untuk merapatkan hubungan dan memahami latar belakang yang menyebabkan pelajar itu bermasalah dan apa yang menyebabkan pelajar itu boleh cemerlang," katanya.
"Program Ziarah Cakna ini diharap dapat memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid dan seharusnya dapat dijadikan amalan, teladan serta dilaksanakan mengikut kreativiti dan kesesuaian pihak sekolah secara berterusan sepanjang tahun serta menjadi budaya di sekolah," katanya lagi.


Program ini telah diteruskan lagi dengan sesi lawatan pihak sekolah bersama dengan YDP PIBG serta Pegawai Perhubungan Sekolah ke beberapa murid SKTAR yang terlibat.





Lawatan ke rumah murid tahun 6, Danish Zakwan Bin Khairul (Patah Kaki)




Lawatan ke rumah murid tahun 6, Aida Nur Nadhirah Bt Nasruddin (Cemerlang)


 Lawatan ke rumah murid tahun 6, Nur Aqidah Awfiyah Binti Mohd Noor Azleen (Cemerlang)





Lawatan ke rumah murid tahun 6, Muhammad Thaqif Amsyar Bin Hairuddin (Cemerlang)

No comments:

Post a Comment